Wednesday, December 7, 2011

Cahayaku.

Pabila hidupku gelap dan kusam, kau hadir bagai cahaya lilin yang menerangi semula kegelapanku.
Pabila hidupku dilanda pelbagai cabaran dan ujian, hanya dengan melihat kehadiran kau telah mengembalikan semangat aku.
Pabila diriku sudah tidak mampu lagi untuk  memberikan senyuman, kau hadir dan mengukir senyumanku kembali.

Pabila aku sudah tidak berdaya untuk berdiri, kau ibaratkan tongkat yang menolong aku untuk kembali berdiri dan berjalan.
Pabila aku berasa sedih, kau pasti cuba untuk berbuat apa sahaja untuk melihat senyumanku semula.
Pabila aku berasa seperti hendak berputus asa, kau kembalikan semangat aku.
Kau lah penyeri hidupku.

Sejak hadirnya kau dalam hidup aku, aku sentiasa tersenyum dan tertawa. Walaupun apabila kau tiada bersama denganku, aku masih mampu tersenyum kerana aku dapat merasa kehadiran kau. Kau telah memberikan aku semangat untuk meneruskan hidup.  

Aku percaya, Allah telah menurunkan kau dalam hidupku pasti ada sebabnya. Allah telah mengisi kekosongan jiwa aku dengan kehadiran kau.
Setiap saat dan detik bersama dengan kau, akan aku jadikan ia kenangan yang paling terindah dalam hidupku. Setiap kata kata yang kau beri, akan aku jadikan ia pedoman dan peringatan dalam hidupku. Setiap senyuman yang terukir pada wajah kau, akan ku jadikan ianya penyeri hidupku.

Setiap kali aku menatap wajah kau, aku dapat merasakan ketenangan dan kedamaian. Setiap kali kau merenung tajam mata aku, aku dapat melihat erti kasih sayang. Setiap kali aku bersama dengan kau, aku seperti dalam duniaku sendiri. Dan setiap kali kau melemparkan senyuman pada aku, aku dapat merasakan kebahagiaan.

Kasih dan sayang aku terhadap kau hanya lah ibarat sang puteri yang bercinta dengan sang putera idamannya di dalam dunia fantasi. Aku hanya mampu berangan sampai ke awangan, tetapi kau tetap tidak akan mengerti betapa bermaknanya kehadiran kau dalam hidupku. Aku pasti, jika jodoh itu milik kita, kita tetap akan bersama satu hari nanti. Insyallah :’)

No comments:

Post a Comment